Total Pageviews nurul

Wednesday 4 May 2011

.TINGKATAN 6

Tingkatan 6 Kemanusiaan Kombinasi Geografi Dan Sejarah


Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.
Seperkara lagi subjek di tingkatan 6 adalah perulangan untuk tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 terutama geografi dan sejarah. Saya akan terangkan serba sedikit sukatan matapelajaran tingkatan 6 jurusan kemanusiaan kombinasi geografi dan sejarah.
Kepada sesiapa yang mengambil kombinasi geografi dan sejarah, untuk pengetahuan anda, geografi dibahagikan kepada 2 iaitu geografi alam sekitar manusia dan geografi alam sekitar fizikal.
Manakala untuk matapelajaran sejarah, ada Sejarah Malaysia, Sejarah Asia Tenggara, Asia Pasifik, Asia Tengah, Tamadun Dunia dan Tamadun Islam.
Untuk Geografi Manusia, anda akan belajar mengenai geografi yang berkaitan dengan kehidupan manusia seperti kadar pertumbuhan manusia, kadar kelahiran dan lain-lain. Manakala geografi fizikal pula, anda akan belajar mengenai proses-proses yang berlaku dalam dan luar kerak bumi seperti letusan gunung berapi, proses geomoforlogi, gempa bumi dan sebagainya.

Untuk Sejarah Malaysia anda akan belajar sejarah mengenai Malaysia sahaja, Asia Pasifik, Asia Tenggara dan Asia Tengah mengenai luar Malaysia. Manakala sejarah tamadun dunia anda akan belajar mengenai tamadun yang ada di dunia ini, seperti Tamadun Mesophotamia, Tamadun Yunani, pembentukan negara kota dan sebagainya. Sejarah tamadun Islam pula adalah mengenai tamadun Islam sepeti Arab Jahiliyah, khalifah-khalifah dan sebagainya.
Selain itu, jika anda mengambil kombinasi sejarah dan geografi anda juga akan belajar matapelajaran lain iaitu Bahasa Melayu, MUET dan Pengajian Am. Bahasa Melayu, anda akan belajar mengenai sejarah bahasa Melayu, asal bahasa Melayu, dinamika bahasa, variasi bahasa dan sebagainya termasuklah 4 jenis karangan iaitu rumusan, memorandom, ucapan dan satu lagi lupa pulak. Matapelajaran Bahasa Melayu tidak sama dengan kesusasteraan Melayu. Jangan nak samakan dua jenis matapelaran tersebut sebab ada banyak perbezaan.
Manakala Pengajian Am pula, anda akan belajar 3 jenis iaitu Pengajian Am Kreatif, Pengajian Am Kenegaraan, dan Pengajiam Am Statistik. Pengajian Am Kreatif anda akan belajar mengenai cara membuat karangan berbentuk artikel. Karangan itu ada dua jenis laras satu laras sastera dan satu lagi laras sains. Untuk laras sains anda perlu memasukan unsur sains atau istilah sains dalam karangan tersebut.
Seterusnya Pengajian Am Statistik anda akan belajar mengenai macam mana menukarkan maklumat dari bentuk linear kepada bentuk bukan linear dan dari bentuk linear kepada bukan linear, dari jadual kepada teks dan teks kepada graf atau carta pai.
Pengajian Am Kenegaraan pula, anda akan belajar mengenai kenegaraan Malaysia seperti perlembagaan Malaysia, jenis dan bentuk serta konsep negara, jabatan-jabatan serta kementerian-kementerian yg ada di Malaysia, jawatan yang Di Pertuan Agong serta sebagainya.
Matapelajaran MUET pula dibahagikan kepada 4 kertas atau 4 ujian iaitu listening test, speaking test, writing test dan reading test. Semua ujian ada format-format masing-masing.
Untuk matapelajaran lain akan saya utarakan pada masa akan datang jika saya ada masa.

No comments:

Post a Comment